Home » » Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet

Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet

Written By hisham yusoff on Sunday 3 December 2017 | December 03, 2017

engenalan Jika anda telah berjaya menjana wang di internet, ia adalah merupakan satu pengalaman yang amat menggembirakan serta tidak mungkin akan dilupakan sepanjang hayat anda. Saya telah mendapat banyak pertanyaan daripada rakan rakan yang ingin tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan internet. Terus terang ingin saya katakan, saya bukanlah seorang yang pakar, atau otai ataupun layak menjadi mentor kepada anda, tetapi apa yang ingin saya kongsikan hanya kisah permulaan saya dalam bidang perniagaan internet ini dan bagaimana saya boleh menjana sedikit wang. Idea saya untuk menulis laporan ini timbul selepas seorang daripada rakan saya bertanya bagaimana saya memulakan perniagaan internet dan apa yang telah saya lakukan sehingga ke hari ini. Jadi, memandangkan beliau telah bertanya soalan ini, maka saya rasa saya patut kongsikan pengalaman saya sewaktu baru berjinak jinak untuk membangunkan perniagaan internet saya. Jika anda masih belum menjana sebarang wang di internet, saya berharap dengan perkongsian kisah saya ini, dapat memberi satu semangat atau sebagai perangsang kepada anda untuk sama sama menjadi seorang usahawan atau seorang peniaga di internet serta menjana pendapatan daripadanya. Saya berani jamin bahawa anda juga MAMPU MENJANA PENDAPATAN menerusi internet jika anda memahami dan mengetahui bagaimana operasi serta langkah langkah yang perlu anda ambil untuk membangunkan perniagaan anda. Semua orang mampu menjana pendapatan di internet jika dilakukan dengan cara yang betul, dengan panduan yang betul serta ditambah dengan usaha tanpa kenal penat lelah.

0 comments:

Post a Comment